Khamis, 28 Mac 2019

Pasang Khemah di Rumah Sakirul Kampung Belimbing

28/3/2019: Pemasangan khemah di rumah Sakirul di Kampung Belimbing sempena   perkahwinannya. Terima kasih




Selasa, 26 Mac 2019

Majlis Sambut Menantu

26/3/2019:Majlis sambut menantu di Kuala Long. Terima kasih menggunakannperkhidmatan kami.





Sabtu, 23 Mac 2019

Pasang Khemah di Kampung Belimbing

23/3/2019:Terima kasih sudi menggunakan perkhidmatan kami.Pasang khemah di rumah PakNik Min di kampung Belimbing. semoga majlis berjalan lancar dan diberkati Allah SWT

Ahad, 23 Disember 2018

22/12/18:Meja makan pengantin  di rumah kak Melah kampung kalai batu melintang jeli. Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami


Jumaat, 12 Julai 2013

BERNIAGA ADALAH SATU IBADAH

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

"Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya."

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:

Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain